Wednesday, February 27, 2013

oral care for Umar

oral care for Umar..

semalam bersungguh aku beli MAM oral care utk Umar..memandangkan gigi Umar dah 4batang..aku rasa dah kene ajar dia berus gigi..& wat masa ni..aku kene la bersihkan gigi dia..sebenarnya dah terlambat..patutnya masa awal-awal gigi dia baru tumbuh tu dah start ajar..tapi aku terlupa..hihi

ok..ni yg aku beli..dah aim lama sebenarnya..

Oral Care Rabbit



Massaging Brush



tapi aku prefer nak guna yg rabbit tu..senang kot..yg brush tu saje nak bagi dia gigit-gigit je..aku tak beli yg brush cam berus gigi biasa..ada gak jual dua-dua brush tu dalam 1pack..tapu aku beli yg ni je dulu..bagi aku yg berus gigi tu nanti leh je beli yg murah-murah..jenama biasa-biasa je dah..

tapi cubaan pertama aku gagal nak membersihkan gigi Umar..mula-mula dia nak lagi buka mulut..ok..agaknya dia pelik ada rasa kain tu..dia terus menolak..

lagipun semalam aku nak wat..aku tak wat research lagi..ni baru buat research..

ni yg aku jumpa..

Pemberusan gigi anak anda – bila dan bagaimana?

Mengajar anak memberus gigi adalah sangat penting. Tentu ramai yang mempunyai masalah yang anak mereka tidak suka memberus gigi atau tidak mahu diberus giginya oleh anda. Bagaimana anda mahu memupuk sikap suka memberus gigi dikalangan anak anda? Bagaimana cara memberus gigi anak anda?

Bayi
Kunci utama untuk memupuk tabiat suka memberus gigi adalah memulakannya dari AWAL. Paling bagus jika anda memulakannya beberapa hari selepas lahir. Selepas bayi anda menyusu, lapkan gusi, lidah dan langit-langit bayi anda dengan kain lembab. Ini bertujuan untuk :
1. Membersihkan gusi, lidah dan langit-langit bayi anda dari plak yang terbentuk
2. Membiasakan anak anda merasa ada jari atau sesuatu di dalam mulutnya supaya anak anda tidak akan berasa tidak selesa atau takut apabila anda mahu menggosokkan giginya kelak


Selepas 6 bulan
Gigi pertama bayi anda biasanya akan tumbuh apabila umur bayi anda sekitar 6 bulan. Biasanya gigi bawah di bahagian hadapan akan tumbuh. Ada yang tumbuh awal dan ada juga yang tumbuh lambat jadi jangan risau sekiranya hal ini terjadi. Selepas gigi pertama tumbuh, anda boleh membeli berus gigi bayi. Terdapat bermacam-macam berus gigi bayi di pasaran. Ada yang boleh disarungkan pada jari dan ada yang berbentuk seperti berus gigi biasa. Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana sesuai untuk bayi anda. Pastikan berus gigi itu cukup kecil dan mempunyai berus yang lembut.
Saya lagi suka menggunakan berus gigi yang boleh disarungkan pada jari untuk permulaan kerana kita boleh mengagak berapa dalam kita memberus dan apa yang kita berus. Selepas bayi mempunyai lebih banyak gigi, dan anda telah biasa memberus gigi anak anda, anda boleh bertukar kepada berus gigi yang berbatang.

Ubat gigi
Tidak perlu menggunakan ubat gigi bila memberus gigi anak anda yang berusia di bawah 18 bulan. Anda boleh menggunakan ubat gigi berflorida selepas anak anda berusia 2 tahun ( apabila anak anda sudah tau berludah). Sekiranya anak anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat karies ( gigi berlubang), anda disarankan untuk menggunakan ubat gigi berflorida tetapi pastikan anda hanya meletakkan jumlah yang kecil sahaja ( sebesar kacang pis) di atas berus gigi . Ini adalah kerana, jika anak anda berusia kurang dari 6 tahun dan menelan ubat gigi berflorida dalam jumlah yang banyak, gigi kekal anak anda akan mendapat fluorosis ( tompok-tompok putih – kecoklatan). Ada juga ubat gigi tanpa florida untuk kanak-kanak dan sekiranya anak anda tidak mempunyai risiko tinggi untuk mendapat karies maka ubat gigi tanpa florida amat sesuai untuk digunakan.

Cara memberus gigi anak anda
Berus gigi anak anda 2 kali sehari, pagi dan juga malam sebelum tidur.
1. Posisi paling bagus untuk anda berdiri ialah di belakang atau tepi anak anda dan memegang rahang bawah anak anda dengan lembut.
2. Berus bahagian permukaan gigi belakang dahulu kerana bahagian ini digunakan untuk mengunyah makanan dan sangat senang mendapat karies. Kemudian, teruskan dengan bahagian permukaan tepi gigi dan juga bahagian sebelah dalam gigi belakang.
3. Selepas itu berus pula bahagian gigi hadapan, permukaan luar dan dalam gigi.
4. Gunakan teknik berusan secara bulatan kecil seakan gegaran supaya seluruh permukaan gigi dibersihkan dengan sempurna.
5. Luangkan masa dalam 3 minit untuk memberus gigi anak anda. Nyanyikan lagu semasa memberus supaya apabila habis lagu dalam masa 3 minit, maka pemberusan gigi pun habis.
5. Suruh anak anda berkumur dan ludahkan semuanya. Jangan risau sekiranya anak anda tertelan sedikit ubat gigi yang mempunyai kandungan florida rendah. Jika anak anda selalu menelan ubat gigi, gunakan ubat gigi tanpa florida.
6. Jangan lupa memuji anak anda kerana telah memberus gigi.


Apa perlu buat jika anak tidak mau memberus gigi
Ada kanak-kanak yang tidak suka anda menggosok gigi mereka. Mereka mahu membuatnya sendiri. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak akan menggosok gigi dengan betul kerana mereka masih tidak tahu menggunakan berus gigi dengan betul. Jadi, anda perlu memberus semula gigi anak anda selepas anak anda memberusnya. Anda juga boleh mencuba beberapa tip untuk menjadikan aktiviti memberus gigi disukai anak anda:

1. Pastikan aktiviti memberus gigi sesuatu yang seronok dan bukannya satu tugas yang perlu dibuat oleh anak anda setiap hari
2. Biarkan anak anda memberus gigi anda, kemudian memberus giginya sendiri dan kemudian anda pula menyudahkan pemberusan gigi.
3. Biar dia memilih berus gigi dan ubat gigi kesukaannya
4. Nyanyikan lagu atau buatkan aktiviti gosok gigi seperti satu permainan
5. Bacakan buku mengenai gigi, pemberusan gigi dan juga doktor gigi
6. Jangan gunakan paksaan semasa memberus gigi anak anda, sekiranya anak anda tidak mahu memberus nasihatkan anak anda secara perlahan-lahan sehingga dia mahu memberus gigi


Jika anda jadikan gosok gigi ini seperti sesuatu yang menyeronokkan tentu anak anda sukakannya. Anak anda juga akan suka memberus gigi jika mereka melihat anda memberus gigi. Mulakan dari awal, supaya senang mendidik anak menggosok gigi kelak. Ingatlah bahawa gigi anak anda amat penting walaupun gigi itu akan diganti dengan gigi kekal kerana tanpa gigi, anak anda akan menghadapi masalah untuk makan dan boleh mengganggu tumbesaran mereka.

ok..balik ni leh ikut cara ni..kene ajar sikit-sikit..nak bagi gigi anak cantik kan..kene la berkorban..

terlambat..patutnya masa awal-awal gigi dia baru tumbuh tu dah start ajar..tapi aku terlupa..hihi

harga bagi aku tolak tepi la..jenama MAM memang agak mahal..tapi berbaloi la beli..kite nak yg terbaik utk anak kan..aku pun peminat MAM gak sebenarnya..ada 3botol susu Umar jenama MAM..memang best..yg anti colic la..kalau yg biasa..aku beli je jenama ape-ape..tak kesah pun..

aku sebenarnya dah lama tak beli barang Umar kat kedai barang baby ni..bukan ape..nanti nak beli lain..aku beli yg lain..haha..sama la cam semalam..dalam senarai nak beli oral care je..tapi aku terbeli 1 lagi botol utk Umar..jenama NUK..memang mahal..tapi aku sangat puas hati..yg aku beli ni bukan botol susu..learner bottle..macam botol susu..tapi puting lain sikit..yg penting ada penutup n bile terbalikkan..air tak keluar laju..

ok la..semoga aku berjaya menggosok gigi Umar..yeah..chaiyok..!!!

Tuesday, February 26, 2013

Umar dah 9bulan..!!!

actually agak lambat update blog ni..

24feb lepas Umar dah 9bulan..kebetulan hari ahad..tapi papa ada kursus..Umar tinggal dgn mama je kat umah..so..Umar dgn mama takde ape la nak buat..berguling, bersantai & bermalasan saje..

budak comot makan roti

aku penat la melayan Umar sabtu ahad lepas..papa kursus 2ari..tapi ofis hour je la..

aku tengok sejak dia masuk 9bulan ni..macam-macam akal dia..ada je aktiviti baru dia..sampai aku dah tak dapat nak listkan..akal baru pada ari ahad tu adalah main pintu..sampai aku terjerit-jerit takmo bagi dia pi kat pintu tu..tapi dia pi gak..last-last aku bia je la dia main pintu tu..tak rasa tak tau kan..aku bukan ape..takut jari dia tersepit je..walaupun aku biakan je dia main..aku tetap pantau..

prinsip aku..bia la dia explore..selagi tak melanggar syarak..bia dia belajar..kalau tersepit..bia dia belajar rasa sakit tu..

so walaupun dah berkali aku larang dia main pintu..dia tetap main gak..siap menyorok belakang pintu tu..ditolak-tolak pintu tu..bile aku panggil..terjongol la pale dia sengih-sengih tengok aku..pastu buat lagi benda yg sama..sampai ada sekali tu dia tertutup pintu tu..aku tak cuak pun sebab kunci memang terletak je kat situ..bile dah tertutup..agaknya dia tarik tak boleh-boleh..dia menangis la..aku bukak..ambik dia..baru diam..tapi pastu buat balik..aduila anak kan..bia je la..bagi dia main sampai penat..



ni lagi satu keje dia ahad lepas..duk keje tolak kereta dia ni..last-last aku tengok dia duk bersungguh tolak kereta dia parking kat celah meja tu..dah elok parking jap..dia tarik balik..kereta ni hadiah sebab dia dah pandai duduk..aku memang geram nak beli benda ni..tapi niat la kat ati..bile Umar dah pandai duduk sendiri baru belikan..nak taknak kene la kota janji walaupun tak pernah janji kat dia pun..janji kat diri sendiri je..Umar suka duduk kat kereta tu..tapi tu la..aku la keje duk tolak..kaki dia nak kayuh..tapi tak sampai lagi..saja beli yg besar..leh tahan lama..ada yg kecik..tapi sampai 10kg je..Umar sekarang dah 10kg..memang tak beli la kan..

nampak tak mainan sepah tu..itu lagi satu akal dia..mulanya suka sepahkan mainan je..tapi baru-baru ni..dia tak boleh tengok bakul mainan dia berdiri tegak..mesti dia pegang..tarik..bagi jatuh..so bersepah la semua mainan dia..aku baru tegakkan je nak kemas mainan..dia dah datang capai balik nak bagi terbalik cam kat gambar tu..pastu..dia sepahkan la mainan-mainan dia..dulu tak explore 1bakul..sekarang..semua keluar..

ok..sekarang memang umah aku sepah je la kalau ada Umar kat umah..

memang penat jaga Umar ni..tapi aku suka..seronok layan dia..walaupun kadang terasa cam tak cukup rehat je..nama pun anak..banyak keletahnya..banyak ragam..banyak gak benda yg dia nak belajar..semua nak pegang..nak rasa..nak tau..kite sebagai parent ni kene la guide dia..

semoga Umar jadi anak yg soleh..yg baik..& semoga mama papa dapat jadi parent yg terbaik utk anak-anak kami..

aminn...

Friday, February 22, 2013

misi mengemas baju lama Umar..

dah lama nak kemas baju-baju lama Umar ni..tapi asyik tak dapat nak buat je..sibuk layan Umar..sekarang Umar dah pandai main sendiri..ikut papa lama-lama pun dah ok gak dah..so dapat la nak mengemas sikit..

before

asalnya aku nak cari botol susu Umar yg lama..yg kecik..dalambox barang-barang dia ni la..pastu sibuk gak nak mencari baju second hand yg akak aku bagi..yela..Umar sekarang dah lasak..baju-baju dia cepat je kotor..entah bape kali duk tukar baju je..

punggah punya punggah..dah makin bersepah..Umar lak ok je duk ngan papa..papa lak cam terlebih rajin je malam ni..siap tukarkan baju Umar pas Umar comot makan nasi lemak..so aku amik la kesempatan ni utk mengemas mana yg dapat la..lagipun esok cuti kan..tak siap malam ni..esok pagi boleh sambung balik..lagipun esok tak balik kampung..papa ada kursus lak..

tengah mengemas duk teringat la masa kemas barang-barang baru Umar..sebelum dia lahir..bile dah dekat nak bersalin..camni gak la aku..duk sibuk mengemas..asingkan ikut jenis..sekarang ni semua dah guna..ada la selimut yg lum guna..dalam 4helai..simpan je la utk adik Umar..

bile???

hahaha..lambat lagi tu..

kalau duk pk pregnen ngan baby kecik..mesti la nak cepat..tapi bile pikir Umar..bia la dulu..Umar ni pun manje..bagi la dia besar sikit..incit hubby ada kata Umar 2tahun dapat adik..aku dah pikir-pikir..tunggu la Umar 3tahun baru dapat adik..tapi kalau dah rezeki dia 2tahun dapat adik pun aku terima..

hopefully girl lak..walaupun banyak baju bajan Umar yg kene simpan..n majority baju kene beli baru kalau girl..tapi takpe la..agaknya kalau boy gak pun..mama still beli baju baru gak..hahaha..mama kan kaki shoping..lagi-lagi la sekarang mama dah bisnes baju baby kan..lagi macam-macam la mama beli nanti..hihi..tengok je la baju Umar..menimbun..

after

ok la..akhirnye setel gak kemas..almost full dah box ni..utk baju-baju yg sekarang..kene la beli box baru..walaupun Umar dah kurang membesar..tapi baju dia banyak yg dah buruk..asyik jadi mop lantai je keje..ngan baju comot pas makan lagi..seari entah bape helai la guna kan..

ok la..nak chow dulu..jom layan movie wawa sempit..

busiest week

busiest week..!!!

walawei..

dasyat tajuk..

ok..ni betul-betul k..bukan main-main..

terasa sangat bz ini minggu..haha..ayat pun dah keling..

last week dapat keje baru..ganti sorang staff yg tengah habiskan cuti nak pencen ni..baru nak adapt..dah masuk keje baru lak..walawei..mau tak pening pale ni dibuatnya..

huh..nama pun keje kan..terima je la..tapi betul-betul aku enjoy ngan unit baru ni..boss sangat best..betul-betul membantu bile kite tak paham..tanya ape yg kite boleh buat dgn tak..siap follow pasal keje baru..tolong ape yg patut walaupun dia jauh nun kat JB..aku lak kat SEGAMAT..

bile dah bz ni..blog pun dah bersawang cik lelabah..biznes pun dah kelaut..fesbuk pun jarang update status..upload gambar ada la sikit..

sejak dapat buah apple ni je kire ok la..tapi tu pun jarang gak nak update ke ape..cuma tengok je fesbuk tu..bile kat umah almaklum la kan..faham-faham suda..memang payah la..mesti berebut buah apple ni ngan Umar n incit hubby..biasanya kat umah turn incit hubby la yg nak guna..nak tido baru turn aku balik..

berkali gak nak update blog guna buah apple..tapi mesti terbantut..bukak je..pastu terbiar..huu..nasib la kan..

k la..chow dulu..sambung buat report..dah nak hujung bulan kan..paham-paham suda..

Friday, February 15, 2013

kereta baru Umar..

dah lama nak update blog..tapi asyik bizi je..maklum la awal bulan..macam-macam report nak kene anta..otai lak dah pencen..sekarang tengah cuti-cuti malaysia..so semua bagi kat aku..ha..hamik kau..mau nak nangis rasanya..

kereta baru Umar ni pun dah nak buruk dah mama..haha

ok..jom kite tengok Umar dgn kereta barunya..



cantikkan..!!!

mama papa suka kereta ni..leh guna lama..sampai 35kg++..means sampai Umar dah besar sikit la..alanagkan sepupu-sepupu Umar yg dah sekolah tu pun baru bape kg je kan..kakak Arfah yg dah darjah 4 tu pun leh naik lg tau sebab baru 20kg..maksu Umar darjah 3 pun still leh naik sebab baru 18kg..hihihi

harga???erm..ok..orang mesti kata mahal..tapi bagi aku berbaloi la beli dgn benda sebesar ni..berapa..???

ok..

RM369

kitorang cari yg murah-murah je..RM369 MURAH???hahaha..ha la..kire murah sebab ada lagi yg mahal..ni 2nd murah kat kedai tu tau..yg paling murah kat kedai tu RM300..tapi kecik..tak cantik..& tak best..yg lain..jangan tanya ok..harga RM400 ke atas..memang out of bajet incit hubby la..

yg ni kire ok la..leh control guna remote..leh bawak manual bile budak dah besar..boleh sambung mp3..leh control volume..

masa kat kedai..Umar nangis bile masukkan dia dalam tu..maybe dia terkejut atau ape la kan..aku dah risau dah takut dia takmo naik je pas beli kang..tak ke membazir je nanti kalau dia takmo naik..

balik beli tu tak sempat pun test sebab Umar dah tido..lagipun dah malam dah..kitorang pi pun time ari keje..ari rabu time tu..esoknye nak keje..so hold dulu la..

esoknye..balik-balik dari umah pengasuh je papa dah tunggu dah kat umah dgn kereta sedia di pandu dgn remote control..haha..terus masukkan Umar..mulanya dia tak pandai nak duduk..kitorang takut gak nak dudukkan dia kat situ..Umar pun baru je pandai duduk..tapi bile dah start jalan..eh budak ni pandai lak dia duk bersandar cam bos..cam kat gambar tu la..sabo je la..

boleh lak dia tak nangis..ok je..cuma bile kereta stop..mula la dia bising suh jalankan kereta tu..payah betul nak amik gambar..ni pun snap cepat-cepat..dapat je amik gambar terus mms kat atokbah dia..

kitorang tak guna wet kitorang pun beli kereta ni..memang papa ada plan nak belikan utk Umar..tapi bajet lum ada lagi..atokbah Umar lak baru dapat wet kwsp 55tahun..bagi la kat anak-anak dia tiap sorang 1k..adik beradik incit hubby kebanyakannya guna utk amik lesen..tapi kitorang laki bini memang dah berlesen pun..so kitorang belikan la Umar kereta tanpa lesen..hihihi..tu yg cepat je mms kat tokbah dia tu gambar ni..

rutin harian..walaupun Umar lum tau pape lagi..pas balik je dari umah pengasuh..mesti dia naik kereta dia ni..ronda dalam umah..papa la rajin layan..bukan ape..senang nak jaga..takyah la kite nak dukung dia..menjerit-jerit marah dia..bagi dia duk kat kereta tu..kite duduk kawal remote je..haha..senang..tapi kalau main lama sangat..payah betul dia nak tido sebab dia tak cukup penat..

fuhhh..ok..mama Umar pun dah penat menaip..nanti bile-bile rajin..update belog lagi..tangan dah beku kesejukan ni..

tata..

Sunday, February 3, 2013

teringat si dia..ah sudah..!!!

memalam gini leh lak ingat si dia..

ah..sudah..!!!

dia lak tibe-tibe muncul kat fb baru comment sonething & termasuk kat front page fb..

ohh tidak..!!!

beberapa ari ni teringat kat dia sebab terbaca dia start keje baru..

apekah???

dia tukar keje lagi ke atau sebelum ni dia takde keje..ohh..dia ni memang jarang hapdet fb dia..ok..kekadang tu aku curi-curi gak tengok fb dia..

eh..asyik si dia je kan..sape si dia tu???

haha..my ex bf..oopppsss..!!!

ni bf 1st..cinta pertama la katakan..mana leh lupa kan..putus pun tanpa alasan kukuh setelah lama bercinta..ok..accept je sebab pikir takde jodoh..so watpe nak pikir lebih-lebih bagi sakit ati..ape yg Allah atur tu pasti ada sebab..

hubby ni 2nd love la senang kata..n dia pun tahu..dia kenal ex bf ni..kawan masa keje lagi..kenal secara kebetulan..masa hubby keje sama ngan dia tu masing-masing lum kawin..oh..agak janggal di situ..lagi-lagi bile  ada program jalan-jalan n dah tentu incik hubby ni bawak awek dia yg sorang ni..

ok..berbalik pada cite..

aku kadang terpikir..dia ni nape asyik tukar keje je ek..dia lelaki..dah kawin..ada anak dah..anak dia tua sebulan seari je dengan Umar..ok..ni lain cite..tinggal ngan mertua..cam pelik je bile tukar-tukar keje..

dia laki bini degree holder..tak cam aku n hubby..aku dip je..hubby degree..so bile pikir cam dua-dua gaji besar la kan nak dibandingkan dengan kitorang ni..tapi ape sebab dia tukar-tukar keje..i know who he is..so..dia ni bukan jenis yg bukan-bukan..sesaje tak keje..tukar keje..tapi bile dah kerap tukar..cam pelik..

masa isteri dia bersalin..dia terus amik cuti ehsan..pastu notis..n tak keje..pastu tak lama dapat keje..tu last keje yg aku tau la..sekarang kata keje tempat lain lak..berdasarkan komen..cam dia before ni takde keje..

erm..terpikir..nape jadi camtu..ok..aku memang takde dendam ngan dia..aku dah maafkan semuanya..segalanya..yela..bukan ape..kadang terpikir..hidup jadi kacau bilau sebab dosa kite ngan orang lain..

bile camtu mesti pikir dalam-dalam..ada ke yg aku pernah dendam kat dia..pernah tercakap pape kat dia..kadang mulut aku ni masin gak..aduh..rasanya takde..semuanya aku dah maafkan..dah halalkan..

'oh awak..maafkan kite..'

bile ingat dia memang kadang rasa sayu..tak tau nape..sebab 1st love kot..ni la orang kata 1st love memang takleh lupa hokey..kadang tu rasa nak nangis..tapi takde sebab yg munasabah nak nangis..so tak nangis la..

memang kadang rasa rindu..tapi pikir balik nak rindu sebab ape..bukan aku nak balik kat dia pun..memang tak pernah terpikir..

isteri dia aku tak kenal sangat..tapi memang tau before putus tu dia dah suka kat akak tu..akak ok..dari awal tau pun memang aku tak pernah nak kata ape-ape pasal akak tu..sampai sekarang aku tetap panggil akak sebab dia lebih tua daripada aku n dia sebaya ngn mr.ex ni..

ni pun rasa something..so tulis la panjang lebar nak puaskan ati..daripada duk dia ingat dia je..bek luah kat sini..bagi lega n lepas semuanya..banyak kali gak ingat..tapi just share ngan bff..

oh incit hubby..jangan marah k..ini perasaan normal..mengingat kenangan lama..i'm alwayz love u incit hubby..tiada yg lain..ceh..jiwang lak..

Klik dan Menang!

Preview Rakan Blogger!