Thursday, October 6, 2011

‎5months 5days..5weeks 5days..

Assalamualaikum..


hai semua..tadi saje bukak blog..tengok2 yg kat tepi tu..tibe2 terperasan benda ni la..benda ape???cer tengok gambar ni..


cantik je aku tengok nombor tu..5555..aku dah kawin 5bulan 5hari..& aku pregnant 5minggu 5hari..kadang best gak ada benda camni leh tolong kirakan..kalau nak kira sendiri..memang jenuh kot..tepat lum tau lagi tu..ni la kegunaan teknologi zaman sekarang ni..


ok la..saje je nak share pasal tu..daa...

Wednesday, October 5, 2011

Tanda-tanda Kehamilan

Assalamualaikum..

ape khabar semua..hopefully sihat la kan..arini nak kongsi sikit info la pasal pregnant ni..dulu aku pun selalu cari gak kat internet pasal info ni..

tak semua orang perasan perubahan diri masa awal pregnant ni..melainkan orang tu memang selalu check diri dia..ok la..jom kite tengok kat bawah ni..sambil2 tu aku nak kongsi la dgn ape yg aku rasa..
benda ni aku dapat dari sini..

1. Payudara membengkak, terasa sakit

Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon.

- yg ni memang aku rasa..tapi masa rasa tu tak pasti la sama ada sebab nak period atau pun pregnant..cuma nak tau tu cuba perhati je lama ke tak kite rasa..biasanya kalau nak period..sakit kejap je..beberapa hari je dah hilang..tapi kalau pregnant..memang akan berterusan je la sakit tu sampai la kite confirm yg kite pregnant..

2. Keletihan

Jika anda mula merasakan cepat penat atau sering keletihan, ini menunjukkan anda berada di fasa pertama kehamilan. Ia mungkin disebabkan oleh pertambahan hormone progesterone yang menyebabkan anda mudah mengantuk.

Rasa ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua kehamilan walaupun rasa cepat penat ini selalu akan datang kembali apabila anda sudah sarat mengandung dan membawa beban berat dan kadangkala ini menjurus kepada sukar untuk tidur lena pada waktu malam.

-tanda yg kedua ni memang aku tak rasa la..even dah tau pregnant pun still lagi cergas cam biasa..

3. Berlaku pendarahan

Sesetengah wanita akan mengalami pendarahan kecil sekitar 11 ke 12 hari selepas persenyawaan berlaku. Pendarahan ini mungkin disebabkan oleh ovum mula melekat di dinding ovari.

Pendarahan selalunya hanya sedikit dan berwarna coklat kehitaman kelihatan seperti darah kering dan hanya keluar untuk sehari ke dua hari sahaja. Maklumkan kepada doktor peribadi anda jika terdapat sebarang pendarahan terutamanya jika anda terasa sakit kerana ini mungkin tanda kehamilan luar rahim.

-yg ni aku tak kene..tapi ada sorang ofismate aku pernah kene macam ni..tiap orang lain2 kan..

4. Loya atau muntah

Kebanyakan wanita akan mengalami morning sickness dan hanya akan melalui tempoh itu selepas sebulan persenyawaan berlaku. Sesetengah wanita pula mengalami loya-loya lebih awal dari sebulan. Rasa loya dan muntah-muntah ini tidak hanya berlaku pada waktu pagi, ianya juga boleh berlaku pada waktu siang atau malam.

-loya dgn muntah ni setakat ni alhamdulillah..aku tak rasa..hopefully memang tak rasa la..cuma loya tu ada sikit..bile terbau benda2 yg tak menyenangkan je mesti rasa loya..rasa pening..tapi tak muntah pun..sebelum tau pregnant pun aku dah rasa loya tu..cuma time tu aku tak bape layan sangat..malas nak fikir..

5. Lebih sensitif terhadap bauan

Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau.

-ni seperti yg aku bagitau kat atas tadi..benda pertama yg aku perasan tak boleh bau adalah bau keju (cheese)..memang rasa cam busuk sangat je..sedangkan sebelum pregnant memang suka sangat cheese..tak suka bau tak bermakna aku tak boleh makan cheese..aku boleh je makan cheese..contoh cam cheese yg kat roti tu..yg dah cair..aku telan je..tapi jangan la cheese tu ada bau..memang aku tak makan..

6. Kembung perut

Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil.

-yg ni aku tak rasa pun..dah tau pregnant pun tak rasa sangat..kadang2 je rasa..lagi2 bile asyik sebat minum ais..memang senang la nk kene kembung perut ni..

7. Kerap buang air kecil

Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.

Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.

-yg ni memang aku rasa la lepas dapat tau yg aku pregnant..masa dapat tau tu dah 5minggu dah..mula2 tak sangat la nak ke toilet tu..makin ari makin kerap..lagi2 bile dah masuk minggu ke-6..kejap2 kang mesti nak pegi buang air..lagi2 la bile minum banyak air kan..lagi la kerap sangat jadinye..

8. Tidak datang haid

Jika anda selalunya anda datang haid tepat pada tarikh jangkaan dan kali ini ianya lewat, anda mungkin boleh mencuba alat ujian kehamilan jika anda tidak mengalami sebarang simptom. Tetapi jika haid anda tidak tepat dan selalu tidak datang pada tarikh jangkaan, anda mungkin boleh merasai perubahan pada payudara atau rasa loya.

-ni dah tentu la kan..duk berkire je nape la lum period lagi..masa tu memang dah main teka teki je..tapi aku buat bodoh je..buat tak tau..sibukkan diri..

9. Suhu badan meningkat

Jika anda mula merasai suhu badan meningkat dan konsisten setiap hari, anda mungkin telah hamil.
-yg ni aku tak perasan..tapi hubby perasan..dia asyik tanye nape badan aku panas je..selalunye badan dia lagi panas daripada aku..

10. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan

Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.

-aku test upt lepas 3ari miss period..terus +ve..mulanye memang tak caye sebab maybe upt tu dah lama..pagi tu terus pegi guardian beli lagi dua..test lagi..alhamdulillah..memang +ve..

sebenarnye ada lagi tanda2 yg tak disebut tapi aku alami & pernah terbaca kat web lain..antaranya..

- kram perut = rasa kram macam senggugut tu..tapi pengalaman aku ni..biasanye rasa kram 2ari sebelum period..tapi kali ni aku kene lebih kurang 10ari sebelum tarikh sepatutnye period..sakit tu berterusan sampai la dapat tau aku pregnant..tapi tak lama pastu hilang..

- insomnia = yg ni aku kerap gak kene..lately je dah agak hilang..sebelum2 tu memang tido asyik terganggu memanjang..

ok la..rasanye ni je yg ada..dah lupa la..hehe..semoga info ni dapat dikongsi bersama..daa...

Saturday, October 1, 2011

susu Anmum menjadi pilihan..

Assalamualaikum..

bertemu kembali..hee~~lately memang agak malas nak update blog..tapi ni terajin lak..

tara...

petang tadi pegi belanja barang dapur & lauk pauk..aku pun cakap la kat hubby nak beli susu..dalam banyak2 jenama yg aku ingat 1 ni je..anmum..cari2..jumpa la cam kat atas tu..Anmum Materna..beli dalam kotak je..senang kot..murah pun ye gak..aku beli yg plain..ada perisa coklat..tapi aku taknak..takut loya..

memang excited sangat..lagi2 la ni 1st time pregnant kan..anak sulung la katakan..aku lak memang suka susu..setakat ni ok je..takde muntah2..loya2 tu biasa kot..ofismate aku kata untung la tak muntah2..tu dah kire 1 bonus..hopefully memang aku tak muntah2 la..cuma aku tak boleh nak bau sesetengah benda..antaranya kesukaan aku ni..yg diperbuat daripada susu..keju!!!keju yg keping tu aku boleh bau lagi..tapi nak makan memang tak nak telan dah..keju yg parut/serbuk tu memang aku dah tak boleh bau..bau je rasa nak muntah..makanan2 basi pun aku tak boleh nak bau..terutama yg masam2..termasuk la sos tomato & buah tomato..

makanan2 memang dah banyak memilih sekarang ni..nak makan mesti tanya tekak dulu nak makan ape..kalau tak memang makan sikit je la..tapi kalau dah tanya pun bukan aku makan banyak..cuma aku makan berulang la..tu memang biasa sangat walaupun tak pregnant..cuma sebelum pregnant tak bape kerap la nak makan..sekarang ni tak boleh lapar langsung..kalau tak layan lapar tu..perut ni rasa cam kebulur sangat..kat ofis pun aku terpaksa la bawak cornflake tuk aku kunyah2 bile lapar..tak lupa gak aku selalu bawak calci yum..yg memang menjadi kesukaan aku sebelum pregnant lagi..

terasa banyak benda nak kongsi..tapi awal lagi kot..relax dulu..hehe..bukan ape..excited..ok la..nak tido..daa...

Klik dan Menang!

Preview Rakan Blogger!