Tuesday, August 2, 2011

ujung minggu yg menyeronokkan..

Assalamualaikum..

hai semua..camne hari kedua puasa..bagi yg kerja mesti agak meletihkan..hari ni 1st day aku keje memandangkan semalam Johor cuti..2nd day berpuasa sebagai seorang isteri..hari kedua tuk tahun kedua berpuasa sebagai pekerja..semua tu pengalaman baru bagi aku..tahun lepas puasa sambil bekerja seorang diri..tahun ni dah bersuami..

ok2..jangan melalut banyak2 ye..ari ni nak cerite aktiviti aku & hubby ujung minggu baru ni..memandangkan isnin cuti iaitu semalam..kakak aku yg sulung lak buat makan2 kat umah dia kat Puchong..so aku pun penat pujuk hubby tuk pegi..lagipun aku dah rindu giles kat mak aku..rasa cam setahun tak jumpa..rindu gak kat ahli keluarga yg lain terutama anak2 sedare aku yg kecik2 tu..tak tau nape hati ni membuak2 nak pegi..bukan sebab makan je..tapi memang sebab sangat rindu..dapat jumpa memang hati ni rasa sangat puas..

sabtu lepas,30 julai..kakak aku buat la makan2 tuk kami adik beradik beserta keluarga masing2..secara kebetulan..hari tu birthday satu2 nya adik aku..so my mom belikan kek utk dia..walaupun dia dah besar panjang..*lagi tinggi daripada aku*..still beli gak kek sebab ada budak2 yg membuatkan majlis tu lebih menyeronokkan..

ni la kek yg my mom beli tu..kek belon..*tak padan umur dah 23tahun..tapi kek belon*


ni gelagat anak sedare aku yg 2nd & yg kecik2 bersama pak usu (birthday boy) mereka..*
gambar gelap sebab guna hp buruk je*


ni lak antara juadah yg ada..kakak aku ni memang pandai masak..dia dah berpindah randah lebih kurang 1 semenanjung ni la dia dah duduk..

so menu utama hari tu adalah nasi kerabu & nasi dagang..pencuci mulut ada buah tembikai & serawa..kakak aku yg ketiga & adik aku lak bawak kuih muih..kakak aku yg kedua lak bawak ulam-ulaman tuk nasi dagang..aku je yg tak bawak pape..sebab tak plan properly tuk datang sini..

ni je la gambar yg sempat aku snap..


actually dah bagitahu mak & adik beradik yg aku & hubby tak datang..tapi last minit kitorang buat keputusan nak pegi..sebab aku ni dah rindu sangat..tak tertahan airmata ni..so diorang memang terkejut la bile aku datang..last mint gak mintak direction umah sebab aku dah lama sangat tak pergi umah dia yg kat Puchong tu..nasib baik senang je..kalau tak memang sesat la kot..

semalam siap cakap kat hubby..ni baru betul rasa balik kampung..dapat spend masa lama2..aku rasa seronok sangat..puas hati aku..tak tahu nape..tapi hati ni memang berbunga2 la..hee~~

ok la..nanti cerite lagi..daa...

0 kata-kata orang ramai:

Klik dan Menang!

Preview Rakan Blogger!