Thursday, December 1, 2011

my baby..amazing..

Assalamualaikum..

semalam pegi check up..macam biasa la kan..ni la rutin ibu mengandung..tiap bulan kene pegi check up..aku ni dulu memang jenis tak suka jumpa dokte..tapi sekarang bile nak pegi check up je memang aku excited sangat la..maklum la..nak tahu perkembangan baby..risau tu risau la jugak kan..sebab memang tahu berat badan naik mendadak..takut kene sound dgn nurse..

berat badan sekarang dah jadi 55kg..check up yg lepas baru 53.2kg..sekali naik 1.8kg..dah cuba la jugak nak kurangkan berat badan tu..siap kawal2 makan..tapi tetap tak boleh..tetap makan gak tapi diet sikit..lagi2 bile fikirkan baby perlukan nutrisi yg cukup utk membesar..


atas ni gambar scan baby..baru 13minggu 4hari..masa dokte tunjuk je skrin tu..hati ni tak tahu nak kata camne lagi..happy sangat..lagi2 bile dokte tunjuk kat bahagian jantung yg tengah berdenyut2..rasa nak menitits air mata pun ada gak..last ckeck up belum nampak sangat baby tu..just nampak macam kacang je..kali ni check up dah nampak kepala..dah nampak jantung..dokte kata posisi baby macam tengah duduk..dalam hati terus terdetik 'anak mama'..

selama ni just baca kat buku tentang pembesaran baby tiap minggu..tengok video2 kat internet..tapi tak dapat nak bayangkan keadaan yg sebenar..selalu pegang perut..bercakap dgn dia..cakap yg mama & papa sayang kat baby..tak tahu la dia faham ke tak..tapi ada baca kat buku..bagi pendekatan seawal mungkin..sedari aku tahu yg aku pregnent..memang suka cakap dgn dia..tak kisah la dia tahu ke tak..*kadang terasa cam orang gile pun ada cakap sorang2..*

mama & baby ibarat bercinta jarak jauh..bercakap setiap hari..tapi tak nampak muka..bile dah scan..dah nampak dia..terasa makin sayang..makin dekat..bile diam..terbayang gambar kat skrin tu..gambar scan yg atas tu tak berapa terang kalau nak di bandingkan dgn gambar yg dekat skrin..

balik dari klinik..terus balik rumah..time tu hubby tengah rehat..nak kejar dia sebelum dia pegi keje balik..nak tunjuk gambar baby kat dia..nak cerita ape yg aku nampak & ape yg aku rasa kat dia..masa aku tunjuk gambar tu..aku terangkan sekali ape yg dokte tunjuk kat aku..riak wajah dia terus berubah..wajah suka sangat..terus dia pegang perut panggil baby..time tu terasa betapa gembiranya kami..pastu tu terus cakap kat hubby..'dalam badan saya ada dua jantung..satu kecik..satu besar..( sambil senyum macam budak2 dapat hadiah..hehe )'..hati gembira tak terkata..

ukuran baby agak memberangsangkan..panjang pun dah lebih dari jangkaan..76.8mm..hati dah tak berapa risau sangat..last scan baby agak kacik..tapi kali ni alhamdulillah..hati ada senang la sikit kan..

sekarang bile makan mesti fikir makan utk baby..kene la cari makanan berkhasiat..dah terlanjur tulis entri harini..nak share sekali benda ni..

16 FAKTA TENTANG BAYI BARU LAHIR YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU

16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir

# Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan
# Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
# Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
# Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
# Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
# Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
# Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
# Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
# Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
# Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
# Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
# Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
# Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
# Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
# Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
# Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

lepas baca pasal fakta tu..baru la terjawab ape yg aku & hubby selalu betah..haha..akhirnya jumpa jawapan..semoga fakta ni berguna utk blogger lain..

ok la..selamat membaca..nak sambung makan..daa...

2 kata-kata orang ramai:

AreNieZa said...

nieza ade byk tnda lahir kecit2.. akk ade?? bhaha

AreNieZa said...

nieza ade byk tnda lahir kecit2.. akk ade?? bhaha

Klik dan Menang!

Preview Rakan Blogger!