Thursday, July 28, 2011

!pengenalan : alam semesta!

Assalamualaikum..
pagi-pagi ni nak kongsi tentang galaksi..semalam baca 1 buku ni..buku ni adik ipar aku yg kecik sekali tu yg bagi..buku ni nipis je..tapi agak padat dengan isi-isi berkisar galaksi, planet,bintang dan seangkatan dengannya..memang best la..sebab aku memang suka baca benda-benda camni..ok jom kite terjah..

pengenalan:

Alam semesta adalah satu tempat yang sangat luas dan bumi hanyalah sebahagian kecil daripadanya. Sama seperti bagaimana atom kecil kepada kita, begitulah bagaimana planet bumi yang kecil kepada alam semesta. Dengan tempat yang besar yang terdiri daripada bintang yang begitu banyak, alam semesta boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang dikenali sebagai galaksi. Galaksi kita ini yang terdiri daripada matahari dikenali sebagai Galaksi Bima Sakti.


Galaksi adalah sesuatu yang besar yang terdiri daripada bintang yang banyak yang diikat bersama oleh daya graviti. Galaksi mungkin tidak hanya terdiri daripada bintang, tetapi juga terdiri daripada komet, asteroid, debu bintang dan lubang hitam (black hole). Ia hanya 300,000 tahun selepas kelahiran alam semesta yang mana bintang mula membentuk dan menarik antara satu sama lain untuk membentuk galaksi. Tempoh ini dikenali sebagai Zaman Gelap.

0 kata-kata orang ramai:

Klik dan Menang!

Preview Rakan Blogger!