Friday, April 26, 2013

eh..arini banyak lak cerite pasal Tabita ni

Tabita ni aku dah lama gak tau..cuma tak amik port sangat la sebab katanya harga boleh tahan mahal..aku pun tak pernah try..banyak gak baca testimoni pasal Tabita ni..tak kurang gak baca pasal keburukannya..

tapi harini tibe-tibe ada lak berita pasal Tabita ni..

jom baca..

Nasihat usah guna produk kosmetik Tabita

Ujian dapati barangan mengandungi bahan terlarang yang membahayakan
BAHAN-BAHAN terlarang telah ditemui dalam tiga produk kosmetik yang dipasarkan di bawah jenama Tabita, kata Penguasa Sains dan Kesihatan (HSA) dalam satu kenyataan semalam.
Produk-produk itu ialah Tabita Skincare Smooth Lotion, Tabita Skincare Daily Cream dan Tabita Skincare Nightly Cream.
Orang ramai dinasihatkan agar berhenti menggunakan produk tersebut dan segera membuangnya kerana ia boleh mendatangkan kesan bahaya kepada pengguna.
Produk itu telah diuji dan didapati mengandungi bahan-bahan kuat yang tidak diisytiharkan seperti hidrokuinon, tretinoin, asid salisiklik dan merkuri.
Hidrokuinon dan tretinoin adalah bahan kuat yang dilarang digunakan dalam produk kosmetik penjagaan kulit di sini. Ini kerana ia hanya sepatutnya digunakan di bawah pengawasan perubatan kerana boleh memberi kesan buruk jika tidak digunakan dengan betul.
Sementara itu, kadar asid salisiklik dan merkuri yang tinggi pula boleh menyebabkan kesan seperti kerengsaan kulit, pening dan kulit yang berubah warna.
Menurut HSA, ia diberitahu tentang produk tersebut setelah menerima laporan mengenai seorang wanita yang mengalami ruam di muka dan leher dan satu lagi laporan mengenai pemutihan kulit mendadak yang tidak dijangkakan selepas menggunakan produk Tabita.
Produk terlarang itu tidak dijual di Singapura tetapi boleh dibeli dari luar negara menerusi Internet.
HSA menasihatkan mereka yang telah menggunakan produk tersebut supaya mendapatkan pemeriksaan doktor jika mereka berasa kurang sihat atau bimbang akan kesihatan diri mereka.
Jurucakap HSA juga menekankan bahayanya membeli produk kesihatan termasuk kosmetik daripada sumber yang diragui menerusi Internet.
"Pengguna harus sedar akan risiko membeli produk di dalam talian.
"Tidak seperti barang keperluan lain, kegunaan produk kesihatan, termasuk kosmetik yang rendah mutunya dan disalah label, boleh menyebabkan kesan kesihatan yang serius," kata HSA.


ni aku copy paste tau..original leh baca sini..

one of my fren a.k.a my customer dulu guna Tabita ni..tapi muka dia makin teruk n tak lama pastu dia dapat tau takleh guna Tabita ni..dia terus amik As Beauty kat aku..alhamdulillah muka dia elok balik sampai la sekarang maintain je cantik..dah la memang dah cantik dia tu..cam retis kau..

so..kat sini memberikan pengajaran bahawa produk mahal tak semestinya berkesan n selamat..tak semestinya produk murah tak berkesan..boleh gak cek ada kkm n halal ke tak..bagi orang islam..halal tu lebih penting kan..

jom ramai-ramai guna As Beauty..!!!

0 kata-kata orang ramai:

Klik dan Menang!

Preview Rakan Blogger!